Followers

suami soleh,pilihanku

Suami Saya Lelaki Soleh?relevan untuk lelaki dan wanita"Apakah doa kamu?""Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud."Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri- isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia(kesenangan) atau akhirat.Akhirnya mereka memilih akhirat.

Read More......

kita adalah sahabat

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,Kecuali diri sendiri…..Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keiklhasan dan kejujuranSeorang sahabat,begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkankeadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan danmembela diri.Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti keranakita juga ada janji yg tidak ditepati.Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasankita.Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kitasering terlupa.Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasamemahamiYang selalu berada disisi pada waktu kitamemerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewadan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang dirikita hinggaKadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga adacerita yg ingin dikongsi bersama kita.Pernah kah kita memberi dia peluang untukmenceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernahmenyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan beritagembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimanadia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa danmenyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bilaterasa lemah, agar tidak rebah….?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandarharapan?Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanyabercerita…..Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaansahabat…Kerana dia juga seorang manusia,Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dankecewa.Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorangsahabat…..Sebagai kekuatanJadilah kita sahabatnya itu….Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkinsebenarnya dia tidak setabah ygDISANGKA2KAN Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih ygingin diluahkan..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribukekalutan…..Kita tidak tahu….Tetapi….jika kitajadi sahabat sepertinya, mungkin kitaakan tahu…..

Read More......

sahabatku yang sejati

Semenjak pertemuan itu
Hubungan kita semakin erat
Saat-saat yang bermakna itu
Masih segar dalam ingatan
Aku kagumi kesucian dan kesungguhan
Perhubungan kita
Kerana setiap kesulitan dan kesenangan
Kita harungi dan nikmati bersama
Kehadiranmu telah mengisi kekosongan hatiku
Di kala sunyi dan menerangi ruang hidupku
Padaku engkaulah sahabat sejati
Yang tiada tolok bandingnya
Harapanku hanyalah satu,
supaya persahabatan
Yang telah terbina akan kekal selama-lamanya
Walau kemarau melanda,
walau taufan menjelma
Namun ia tetap segar bagai mewangi bunga

Read More......

teman

Teman..Ku titipkan buatmu bicara kerinduan ini..Agar kau tahu bahawa kau bermakna buatku..Teman..Bicara ku bukan palsu..Bukan omong-omong kosong..Tapi hakikatnya yg pasti..Teman..Kita yg terpisah jauh..Rindu semakin menggamitku..Untuk bersama bersua denganmu..Namun aku pasrah..Kerana ada jurang antara kita..Teman..Mestikah perlu aku menanti..Kerna esok lusa belom pasti..Mestikah jua ku terus mengharap..kerna ku tahu kita tak mungkin..Bersatu..!!TemanMenanti sesuatu yg x pasti..membosankan!Kadang kala terdetik d hatiku Utk berhenti berharap..Membiarkan bintang-bintang yg berkelipanTerus menemani rembulan..Namun..demi sebuah janji..Pungguk tetap setia merindui rembulan..Bisakah kau kembalikan senyumanku semanis dulu..?

Read More......