Followers

Selamat Datang Puteri Kesayangan Kami



Alhamdulillah, syukur ke hadratMu kerana mengurniakan kami nikmat ini. Ahlan Wa Sahlan kepada puteri kesayangan kami. Mudah-mudahan akan menjadi anak yang solehah. Lahir pada tepat hari Isnin , 5/10/2009 , 3.15 pagi dengan berat badannya 3.2 kilo.


Insya-Allah, posting yang akan datang, saya akan ceritakan sedikit pengalaman menyambut bayi kami yang pertama. Sekarang ini, sangat sibuk dengan pelbagai keperluan.

Read More......

Jumaat hari kebesaran umat Islam

JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka, orang Islam pula dengan hari Jumaat yang disifatkan penghulu segala hari dan hari raya mingguan umat Muslimin.

Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu'ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9)

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ia dinamakan surah al-Jumu'ah (hari Jumaat) kerana pada ayat 9, Allah Taala memerintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan urusan kerja masing-masing seperti berjual beli.

Kitab itu menerangkan, dalam ayat terbabit Allah Taala menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan bagi umat Muhammad s.a.w serta memerintahkan supaya mengadakan satu solat khusus menandakan kebesaran hari Jumaat menggantikan sembahyang Zuhur.

"Dengan ayat ini dan berikutnya Allah Taala perintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan kerja masing-masing seperti berjual beli dan kerja lain untuk mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat.

"Selesai solat Jumaat, mereka digalakkan untuk meneruskan usaha mencari rezeki sambil mengingati Allah.

"Mereka yang mematuhi ajaran Allah akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," terang kitab itu.

Nabi s.a.w juga melalui hadisnya ada menjelaskan kemuliaan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan umat Islam seperti dalam beberapa hadis yang dinukilkan dari kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al-Ghazali.

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah, maksudnya: "Bahawa ahli dua kitab itu (orang Yahudi dan Nasrani), diberikan kepada mereka hari Jumaat, maka bertengkarlah mereka, lalu berpaling daripadanya. Dan diberi petunjuk kita oleh Allah Taala untuk menerima hari Jumaat itu dan dikemudiankan oleh Allah memberikannya kepada umat ini dan dijadikannya menjadi hari raya bagi mereka. Maka adalah umat ini menjadi manusia yang lebih utama didahulukan dan ahli kedua kitab itu menjadi pengikutnya."

Melalui hadis lain Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)

Al-Ghazali dalam kitab terbabit berkata, hari Jumaat adalah hari besar dan agama Islam dibesarkan (dimuliakan) oleh Allah dengan sebab hari berkenaan.

Menurutnya, orang Islam dikhususkan dengan hari berkenaan dan diharamkan orang Islam melakukan urusan duniawi, malah setiap perbuatan yang menghalangi mereka daripada menghadiri masjid menunaikan solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla mewajibkan atasmu solat Jumaat pada hariku ini, pada tempatku ini." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Jabir)

Hadis berkenaan secara tegas memaklumkan kepada orang Islam mengenai kewajipan meraikan keistimewaan hari yang mulia itu dengan melakukan solat Jumaat. Sesiapa yang berkewajipan, tetapi tidak menunaikannya dikira berdosa.

Malah, Rasulullah s.a.w mengingatkan mereka yang sengaja meninggalkannya melalui sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa halangan, nescaya dicap oleh Allah pada hatinya." (Riwayat Ahmad)

Satu kisah diceritakan. "Datang seorang lelaki kepada Ibnu Abbas, menanyakan mengenai orang yang mati tidak menghadiri Jumaat dan solat Jumaat.

Lalu jawab Ibnu Abbas: "Dalam neraka."

Orang itu berulang kali menemui Ibnu Abbas selama sebulan lamanya, menanyakan yang demikian. Tetapi Ibnu Abbas tetap menjawab: "Dalam neraka."

Daripada hadis yang diriwayatkan Anas daripada Nabi s.a.w bahawa Nabi bersabda: "Datang kepadaku Jibril a.s dan pada tangannya sebuah cermin putih, seraya berkata: 'Inilah Jumaat, yang diwajibkan atas engkau oleh Tuhan engkau, untuk menjadi hari raya bagi engkau dan umat engkau sesudah engkau.'"

Lalu aku berkata: "Apakah yang ada untuk kami pada hari Jumaat itu?"

Jawab Jibril: "Engkau mempunyai waktu yang baik. Sesiapa berdoa padanya kebajikan, nescaya dianugerahkan dia oleh Allah atau dia tiada memperoleh bahagian, maka disimpankan oleh Allah bahagiannya yang lebih besar.

"Atau berlindung ia daripada kejahatan yang telah dituliskan kepadanya, nescaya dilindungi Allah yang lebih besar daripada kejahatan itu. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari pada kita. Kita bermohon kepada Allah pada hari akhirat, akan menjadi hari kelebihan."

Lalu aku bertanya: "Mengapa demikian?"

Maka jawab Jibril a.s: "Sesungguhnya Tuhan engkau Azzawajalla telah menjadikan dalam syurga sebuah lembah yang luas, dari kasturi putih. Maka apabila datang hari Jumaat, nescaya turunlah ia dari syurga yang tinggi di atas kerusinya.

Lalu jelaslah ia kepada mereka, sehingga mereka memandang kepada wajahnya yang mulia." (Diriwayatkan as-Syafie dan at-Tabrani daripada Anas, isnad daif)

Dalam hadis lain dinyatakan: "Bahawa tiap-tiap hari Jumaat Allah Azzawajalla mempunyai enam ratus ribu orang yang dimerdekakan dari api neraka."

Pada hadis yang diriwayatkan Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila selamatlah hari Jumaat, nescaya selamatlah segala hari."

Bersabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Bahawa neraka jahim itu menggelegak pada tiap-tiap hari sebelum tergelincir matahari pada tengah hari di puncak langit. maka janganlah kamu mengerjakan solat pada saat itu, selain hari Jumaat. Maka hari Jumaat itu adalah solat seluruhnya dan neraka jahanam tiada menggelegak padanya."

Berkata Kaab: "Bahawa Allah Azzawajalla melebihkan

Makkah dari segala negeri, Ramadan dari segala bulan, Jumaat dari segala hari dan Lailatul Qadar dari segala malam. Dan dikatakan bahawa burung dan haiwan yang berjumpa satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan: "Selamat, hari yang baik."

Nabi bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur."

Di dalam buku Fatwa-fatwa Terkini oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syeikh Abdullah bin Abdurahman al-Jibrin dan Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan ada menyatakan hari raya yang disyariatkan sudah diketahui kaum Muslimin iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta hari raya mingguan.

Hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam.

Read More......

Dengki, dendam senjata syaitan rosakkan ummah



Sikap kasar, keras kepala serta berhati batu penghalang utama perasaan saling bermaafan

AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.

Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.

Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat.

Sahabat berasa cemburu dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya.

Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya.

Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: "Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu."

Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam.

Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita. Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." � (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat.

Baginda bersabda yang bermaksud: "Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah." � (Hadis riwayat Bukhari)

Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." � (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa.

Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain." � (Hadis riwayat Muslim)

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." �(Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya." � (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." � (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)

Read More......

Golongan jahil, lalai tidak tahu erti sebenar mensyukuri nikmat



MANUSIA menerima pemberian Allah dalam pelbagai bentuk. Anugerah ini sama ada kecil atau besar, sedar atau tidak, adalah nikmat yang harus disyukuri dengan hati ikhlas dan rasa keinsafan.

Hakikat ini harus diyakini dengan sebenar-benarnya oleh setiap Muslim seperti dijelaskan Allah bermaksud: “Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?”[QS Luqman: 20]

Kalau kita renungi dengan mata hati dasar keimanan sejati, ternyata nikmat itu Allah terlalu banyak sekali, sehingga manusia tidak mungkin berupaya menghitungnya.

Allah mengulangi berpuluh kali pertanyaan yang sama kepada manusia dari awal surah sampai akhir surah: “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu ingkar?” Sebagai peringatan lantaran manusia memang sifatnya pelupa, bongkak dan tidak tahu mengenang budi akibat terpengaruh dengan ajakan nafsu dan syaitan Allah menjelaskan: “...dalam pada itu, ada di antara manusia orang membantah mengenai (sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.” [QS Luqman: 20]

Memang Allah menganugerahkan nikmat-Nya kepada seluruh manusia, tanpa mengira apakah manusia itu ingkar dan kafir atau taat dan beriman kepada-Nya. Kita sebagai seorang Muslim hendaklah sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan Allah dengan rasa rendah diri.

Dalam kitab Manhajul Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi membahagikan nikmat Allah itu kepada dua bahagian iaitu:


# Nikmat menjadi matlamat dituntut dan dicari iaitu kebahagiaan akhirat:

# Kekal yang tiada kebinasaan;

# Kegembiraan yang tiada lagi dukacita;

# Ilmu yang tidak disertai lagi dengan kejahilan;

# Kekayaan yang tiada lagi kefakiran selepasnya;

# Nikmat yang diingini dan dicari untuk sampai kepada matlamatnya;

# Kelebihan jiwa seperti iman dan akhlak yang baik;

# Kelebihan tubuh badan seperti kekuatan, kesihatan dan seumpamanya;

# Nikmat berkat dengan tubuh badan seperti harta, kedudukan dan kaum keluarga;

Sebab yang membawa kepada kelebihan seperti hidayah, bimbingan, pimpinan dan dokongan yang benar.

Sesungguhnya orang yang tidak ingin bersyukur adalah disebabkan faktor kelalaian dan kejahilan. Tidak mengetahui makna sebenar mensyukuri nikmat ialah menggunakan nikmat itu untuk tujuan asal penciptaannya (taat kepada Allah atau mengabdikan diri kepada-Nya).

Orang enggan bersyukur juga dianggap sebagai orang yang sombong, lupa diri dan kufur terhadap Allah SWT. Mereka ini dijanjikan Allah dengan seksaan api neraka di akhirat nanti.

Orang yang lalai daripada bersyukur seolah-olah tidak ingin memperakui semua nikmat dan kesenangan yang dikecapinya sekarang ini (pangkat, harta kekayaan, keamanan negara, tanah yang subur sesuai untuk bercucuk tanam dan sebagainya) datangnya daripada Allah.

Mereka beranggapan semua ini adalah hasil daripada kepandaian, kepakaran, usahanya siang malam dan penat jerih mereka sendiri. Misalnya ada seorang hamba yang dianugerahkan harta kekayaan yang banyak atau dengan lain perkataan hidup mewah, ia kedekut untuk mengeluarkan sedikit daripada harta kekayaannya untuk orang yang lemah dan sangat memerlukan bantuan.

Beginilah gambaran sikap buruk orang yang jahil dan dengan kejahilannya itu ia enggan bersyukur kepada Allah.

Bersyukur kepada Allah bukanlah hanya semata-mata melafazkan ucapan ‘alhamdulillah’ kemudian itu selesai seperti difahami segelintir manusia. Bersyukur kepada-Nya boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kemampuan dan kesanggupan seseorang.

Orang yang ingkar dengan nikmat Allah, tidak mahu bersyukur, Allah umpamakan sebagai binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi dan di akhirat nanti akan menjadi penghuni neraka jahanam.

Read More......

Dialah Suami Yang KuCari



" Abang, berapa lama lagi yer sayang nak tunggu, baby kita asyik bergerak-gerak ni, " riangku apabila kandunganku sentiasa bergerak.

" Tak kan sayang tak tahu, ibu mana yang tidak menghitung hari. Tapi kan, abang rasa yakinlah sayang mampu buat yang terbaik untuk baby kita," jawabnya tatkala memerhatikan gelagatku mengusap lembut kandungan kami.

My Son

My son, my son, I divinely love him so
May Your soft summer breazes upon him blow

My son, my son, I divinely love him so
Protect him, Lord, wherever he may go

My son, my son, I divinely love him so
Help him make right decisions to and fro

My son, my son, I divinely love him so
Let him help others wherever he may go

November 11,2006, Clarence A. Graham, Jr.

25 Mei 2009

22 minggu 2 hari. Berbaki 17 minggu 5 hari.

Usia cahaya mata kami yang pertama. Walaupun hampir setiap hari, kami menjenguk blog saya dan zauj . Kami tetap menunggu dengan sabar. Hadirnya seseorang yang menyejukkan mata memandang.

Inilah rumahtangga KITA dan KAMI, bukan ANA dan ANTI.

Tatkala usia semakin panjang ke hadapan, saya selalu menolah ke belakang melihat satu demi satu perubahan yang terjadi pada saya. Zaman bujang yang dimanfaatkan dengan menuntut, terus menuntut sehinggalah saya dijodohkan dengan pilihan hati saya. Allah sangat membantu.

Istikharah kami setiap malam akhirnya Allah memberi kami jalan keluar.

Allah hendak memelihara 2 hati yang suci ini dengan ikatan suami isteri. Menangislah sebahagian syaitan. Allah, Pembantu kami semasa susah dan senang.

Dialah suamiku yang soleh. Berpenat-penat ulang-alik ke kuliah hampir setiap minggu. Perjalanan lebih kurang 200 kilometer, bukan perjalanan yang dekat. Jauh dan letih. Menaiki pengangkutan zaman moden Arab, Peugout berumur lebih kurang 20 tahun adalah lazim bagi suamiku. Itulah jalan yang kami tempuhi.

Kami yang pilih arah ini dan kamilah yang paling layak menghadapi. Sepoi-sepoi tiupan angin Laut Mediterranean, pendamai tika dia lesu dan penat. Hanya 5 minit sahaja antara laut dan kediaman kami. Perjuangan menuntut ilmu perlu diteruskan.

PERTUNANGAN

" Irma, betul ke kau nak bertunang dengan hafiz, kenapa pilih yang mantap sangat" tanyanya sambil terkejut melihat perubahan yang sedangku nikmati hasil bantuan DIA atas perantaraan suamiku (sekarang).

" Allah yang datangkan dia dalam hidup aku sekali sahaja, jadi kenapa disia-siaka," ku menjawab soalan dengan baik.

Pertunangan kami hanya mengambil masa setahun sebelum kami diijabkabulkan oleh abahku.

KEINGINAN BERKAHWIN

Bila saya memikirkan akan gelombang perkahwinan itu adalah sebahagian nikmat dan ujian buat kami. Ia penuh dengan dugaan dan rintangan.

" Saya perlu nikah cepat untuk mengelak dari perkara yang haram," keluhan seorang rakan.

Sahabat-sahabatku.

Perkahwinan ini bukan satu lapangan untuk menghalalkan apa yang diharamkan sebelum ini sahaja, tapi ia sangat berkait rapat dengan gabungan kombinasi antara cinta, tanggungjawab dan emosi. Berjuang untuk mengelakkan yang haram itu adalah kecil jika dibandingkan dengan dugaan dan mehnah semasa di alam perkahwinan.

Saya dan suami belajar dari pengalaman mereka yang sudah melalui asam garam rumahtangga. Adakalanya hari ini, cerahlah langit. Esok penuh dengan rasa tanggungjawab. Esok adalah perjuangan. Segalanya kami berserah terhadap Allah. Allahlah, Pembantu kami siang dan malam.

Tapi saya teringat kata Ustaz Hasrizal.

Jangan tergopoh-gopoh , dan jangan tertangguh-tangguh.


Read More......

Ustaz Azhar



Read More......

Empat Jenis Manusia Dalam Dunia



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa,
berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak
mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada
mereka. Mereka ini
ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka
dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya
beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada
Allah.


Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk
dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah
kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan
penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya
kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang
dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada
agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada
manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika
kamu hendak mempengaruhi mereka supaya
mereka patuh kepada Allah dan beri amaran
kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi
Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk
mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan
jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan
diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-
nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada
Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui
bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di
mana matahari terbit".


2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan
seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi
mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci kepada maksiat yang
dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat
itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang
mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan
dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku
harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW.
dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di
kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim
seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu
dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan
terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak
berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari
kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh
kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada
lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah
mendindingkan mereka daripada makhluk dan
menggantungkan di keliling mereka dengan
tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera
diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan
menyedarkan mereka tentang kejahatan yang
timbul oleh kerana mencampuri urusan orang
ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana
mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana
bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak
dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai
keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri
dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah
Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana,
rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan
diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan
mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada
mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu
akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah
dan hamba-hambanya yang
Soleh.


4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam
Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam
sabda Nabi SAW;

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan
pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib
dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu
Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah
yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi
kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka
hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa
mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini
dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu
pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia
kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa
dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang
Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar
dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha
Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau
puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan
memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat
mereka. Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka
dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan
pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan
manusia itu kepada empat golongan. Sekarang
terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri
sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan
selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju
kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya,
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh
Abdul Qadir Al-Jailani
.

Read More......

FIQH




Biasanya apabila disebut perkataan fiqh, yang tergambar dalam pemikiran orang Melayu ialah hukum-hakam berkaitan dengan solah, zakat, puasa dan seumpamanya. Itulah yang selama ini difahami masyarakat. Dalam ruangan ini kami tidak akan bercakap soal hukum sembahyang atau puasa, tetapi ingin mengemukakan persoalan gerakan atau usaha untuk menegakkan Islam sebagai satu sistem sama ada dalam konteks individu, keluarga dan masyarakat.

Untuk melaksanakannya kita perlu memahami Islam secara jelas serta cara, kaedah dan jalan untuk melaksanakannya. Itulah antara maksud Fiqh al-Harakah. Ada orang yang ikhlas bekerja dan terus bekerja untuk menegakkan din Allah ini, tetapi kadang-kadang tidak berasaskan kefahaman yang sepatutnya. Islam berasaskan ilmu. Sumbernya ialah al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah sempurna dan lengkap dengan panduan atau petunjuk bagi semua aspek, lebih-lebih lagi berkaitan dengan cara dan manhaj untuk menegakkan din Allah SWT. Rasulullah SAW telah melaksanakan usaha ini dari awal hingga selesai apabila tertegaknya Islam dalam bentuk yang syamil dan kamil

“Hari ini telah Kusempurnakan bagi kamu din kamu ...” (Al-Maidah : 3) Rasulullah SAW adalah orang yang dipilih khusus oleh Allah untuk menunjukkan model pelaksanaan Islam yang sebenar di semua peringkat.

Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang paling baik Sejauh manakah kita merasai atau menyedari bahawa Rasulullah SAW adalah contoh atau model untuk membangunkan Islam? Bukankah Rasulullah SAW datang semasa dunia diliputi jahiliah dan memulakan usaha dakwah dan tarbiah serta segala amal yang berkaitan bagi menegakkan din Allah SWT. Apakah kita tidak terasa itu sebagai model yang perlu kita pelajari dan contohi? Atau apakah kita masih terikat dengan tradisi yang melihat Rasulullah sebagai model dalam aspek-aspek tertentu sahaja?




Sebenarnya Rasulullah SAW adalah model dalam semua hal dan meliputi setiap detik dan langkah-langkah baginda. Kami yakin kalaulah al-Quran dan al-Sunnah diambil secara sempurna seperti kefahaman, keyakinan dan pelaksanaan sahabat-sahabat baginda, sudah tentu dengan izin Allah, Islam akan bangkit dan tegak semula di atas muka bumi ini. Malangnya dikalangan orang-orang Islam sendiri masih ramai yang tidak memahami hakikat ini, apatah lagi untuk yakin dan menghayatinya. Namun Allah Maha Berkuasa dan tahu bagaimana hendak menjaga agamanya.

Oleh itu pada setiap zaman akan sentiasa ada satu taifah (kumpulan) yang terus berusaha menegakkan dinn Allah SWT sehingga Allah sendiri menetukan kesudahannya.Berdasarkan hakikat ini, kami memohon agar Allah memberi kekuatan kepada kami dan meyeru pembaca sekalian berusaha memasukkan diri ke dalam golongan yang sentiasa berjuang, berusaha menegakkan Islam dalam peribadi, masyarakat dan negara sehingga Allah sendiri menentukan hasilnya. Sesungguhnya apa yang kita lakukan adalah untuk diri kita sendiri, masyarakat dan seterusnya generasi akan datang. Allah SWT tidak memerlukan sesuatu daripada makhluk-Nya, tetapi makhluk yang memerlukan sesuatu daripada Allah SWT.

Antara tuntutan awal yang perlu kita lakukan ialah berusaha memahami Islam yang betul seperti yang diturunkan oleh Allah SWT, bukan Islam yang difikirkan atau dirasai masyarakat tertentu. Marhalah al-Takrif atau peringkat kefahaman Islam yang betul dan menyebarkannya secara tepat adalah pintu besar yang sangat penting ke arah melahirkan amalan dan tindakan seterusnya.

Read More......

Selamat Hari Lahir Untuk SuamiKu




Selamat Hari Lahir Yang ke-23
Semoga tahun ini adalah yang terbaik untuk kita berdua.
Sayang doakan abang agar sentiasa tabah mengharungi liku-liku
perjuangan menuntut ilmu dan menyebarkannya walau di mana
abang berada. Sayang tetap berada di sayap kiri abang walau abang
kecundang dan futur.
Semoga iman dan amal abang tetap istiqamah
dan bertambah.
Insya-Allah, pertolongan dari-NYA sangat dekat.
Doakan agar baby kita selamat dilahirkan dan akan menjadi
anak-anak yang soleh dan solehah. Amin Ya Rab Al-A'lamiin.


Read More......

BiDaDaRi SyuRGa


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki

yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka

bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah

dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-

bidadari ).


Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi

kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan

kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa

umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.


Kisah......:


'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik

dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa)

ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan

sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang

keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan

dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan

bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang

usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya

bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi

kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri

nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil

khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah

tadi... tidur bersama-sama....


Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang

sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang

bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya

di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia

menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu

ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu

pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia

lihat kecantikan begitu... tidak pernah dilihat di dunia ini... lalu

diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu

menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam

singgahsana sana.




Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan

mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya

berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata

perhiasan di dalam mahligai.... lalu

diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu

wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam

mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu

dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya

sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan

mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari

yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan

tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu

diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu

menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu

pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan

segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan

agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi

sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat

Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda

tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah

pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah

menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah

nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah

bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi

yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...

benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi

SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini

dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Subhanallah...

Read More......