Followers

Penghayatan Maulid Ar-Rasul

Assalamualaikum warahmatullah...
Bersempena maulidurrasul pada tahun ini,sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta menghayati perjuangan baginda.Posting saya pada kali ini bukan pada penulisan tapi berbentuk rakaman ceramah yang di sampaikan oleh Habib Ali AlJufri seorang ulamak yang tidak asing lagi di serata dunia arab khususnya Yaman.

Saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat mengenai ceramah ini kerana jiwa saya amat tersentuh dengan kisah nabi Muhammad s.a.w yang di sampaikan oleh Habib Ali Al-Jufri sehingga membuatkan airmata ini mengalir tidak berhenti sepanjang mendengarnya.Mengenangkan betapa sikitnya perjuangan yang saya lakukan terhadap Islam dan sikitnya amalan yang di lakukan membuatkan hati ini gementar memikirkan betapa mampukah saya menghadapi sakitnya sakaratulmaut dan panasnya suasana di padang mahsyar,sedangkan nabi muhammad s.a.w kekasih Allah yang disucikan dari segala dosa juga merasai kesakitan sakaratulmaut apatah lagi jiwa-jiwa kita yang penuh dengan dosa,maksiat dan kejahilan.saya pasti setiap jiwa sahabat akan terkesan setelah mendengar kisah nabi kita dan kerinduan terhadap nabi kita juga akan membuak-buak. Alangkah ruginya kita andainya tidak berselawat ke atas baginda apabila mendengar namanya sedangkan baginda rasul s.a.w sentiasa mengingati umatnya walaupun di saat sakaratulmaut menjemputnya...

Jangan risau sahabat-sahabat,video ini ada terjemahannya jadi sangat sesuai untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat samada di malaysia mahupun di tanah arab...sama-samalah kita hayati semoga masa yang sedikit yang sahabat luangkan untuk mengingati perjuangan baginda rasul s.a.w dapat membersihkan titik-titik hitam yang telah lama mendiami hati kita seterusnya dapat mendekatkan hati kita kepada Allah dan rasul-Nya amin.wallahua'lam.


















0 comments:

Post a Comment