Followers

Wanita Di sisi Lelaki...



Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya,
lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulan
g rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak
lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-
bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara
petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka.
Didiklah mereka dengan
panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka
semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,
kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah
kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati
serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut
sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak
kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka
walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun
perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga
mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-
lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan
wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman
dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah
membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang
rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki
pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah
kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri
dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah
kepimpinan kita.

0 comments:

Post a Comment