Dialah Suami Yang KuCari
May
25
" Tak kan sayang tak tahu, ibu mana yang tidak menghitung hari. Tapi kan, abang rasa yakinlah sayang mampu buat yang terbaik untuk baby kita," jawabnya tatkala memerhatikan gelagatku mengusap lembut kandungan kami.
My Son
My son, my son, I divinely love him so
May Your soft summer breazes upon him blow
My son, my son, I divinely love him so
Protect him, Lord, wherever he may go
My son, my son, I divinely love him so
Help him make right decisions to and fro
My son, my son, I divinely love him so
Let him help others wherever he may go
November 11,2006, Clarence A. Graham, Jr.
25 Mei 200922 minggu 2 hari. Berbaki 17 minggu 5 hari.
Usia cahaya mata kami yang pertama. Walaupun hampir setiap hari, kami menjenguk blog saya dan zauj . Kami tetap menunggu dengan sabar. Hadirnya seseorang yang menyejukkan mata memandang.
Inilah rumahtangga KITA dan KAMI, bukan ANA dan ANTI.
Tatkala usia semakin panjang ke hadapan, saya selalu menolah ke belakang melihat satu demi satu perubahan yang terjadi pada saya. Zaman bujang yang dimanfaatkan dengan menuntut, terus menuntut sehinggalah saya dijodohkan dengan pilihan hati saya. Allah sangat membantu.
Istikharah kami setiap malam akhirnya Allah memberi kami jalan keluar.
Allah hendak memelihara 2 hati yang suci ini dengan ikatan suami isteri. Menangislah sebahagian syaitan. Allah, Pembantu kami semasa susah dan senang.
Dialah suamiku yang soleh. Berpenat-penat ulang-alik ke kuliah hampir setiap minggu. Perjalanan lebih kurang 200 kilometer, bukan perjalanan yang dekat. Jauh dan letih. Menaiki pengangkutan zaman moden Arab, Peugout berumur lebih kurang 20 tahun adalah lazim bagi suamiku. Itulah jalan yang kami tempuhi.
Kami yang pilih arah ini dan kamilah yang paling layak menghadapi. Sepoi-sepoi tiupan angin Laut Mediterranean, pendamai tika dia lesu dan penat. Hanya 5 minit sahaja antara laut dan kediaman kami. Perjuangan menuntut ilmu perlu diteruskan.
PERTUNANGAN
" Irma, betul ke kau nak bertunang dengan hafiz, kenapa pilih yang mantap sangat" tanyanya sambil terkejut melihat perubahan yang sedangku nikmati hasil bantuan DIA atas perantaraan suamiku (sekarang).
" Allah yang datangkan dia dalam hidup aku sekali sahaja, jadi kenapa disia-siaka," ku menjawab soalan dengan baik.
Pertunangan kami hanya mengambil masa setahun sebelum kami diijabkabulkan oleh abahku.
KEINGINAN BERKAHWIN
Bila saya memikirkan akan gelombang perkahwinan itu adalah sebahagian nikmat dan ujian buat kami. Ia penuh dengan dugaan dan rintangan.
" Saya perlu nikah cepat untuk mengelak dari perkara yang haram," keluhan seorang rakan.
Sahabat-sahabatku.
Perkahwinan ini bukan satu lapangan untuk menghalalkan apa yang diharamkan sebelum ini sahaja, tapi ia sangat berkait rapat dengan gabungan kombinasi antara cinta, tanggungjawab dan emosi. Berjuang untuk mengelakkan yang haram itu adalah kecil jika dibandingkan dengan dugaan dan mehnah semasa di alam perkahwinan.
Saya dan suami belajar dari pengalaman mereka yang sudah melalui asam garam rumahtangga. Adakalanya hari ini, cerahlah langit. Esok penuh dengan rasa tanggungjawab. Esok adalah perjuangan. Segalanya kami berserah terhadap Allah. Allahlah, Pembantu kami siang dan malam.
Tapi saya teringat kata Ustaz Hasrizal.
Jangan tergopoh-gopoh , dan jangan tertangguh-tangguh.
6 comments:
Salam..
Betul pe y dinukilkan tu..smg dapat baby y soleh@solehah..sms muda remaja tu adlah proses pmbentukan akhlak anak y bakal dilahirkan..
waaa..terus rasa nak kawin baca artikel camnie...huhuhuhu
semoga berbahagia dan terus berada di bawah rahmat Ilahi...
salam..
ustazah iRMA AZNITA & MOHAMAD MUSTAKIM (kopi paste..hehe)..
iza biiznillah, dpt baby yg sholeh, bakal menjadi jihad yg unggul, biaq x fofuler di dunia (msk af le, oiam le, etc), tp fofuler di langit sana krn amalnya dan dakwahnya.. ameeennn~
mm, terpk gk diri ni xlyk utk suami yg sholeh....
eh..x pasan "& MOHAMAD MUSTAKIM"..tershilap paste..asif..huhu
huhu..act baru perasan post kakma yg ni..sobsob.. terharu.. doakan adik2 kakma dpt zauj yg hafiz2 gak..tp "saye xlayak"huhu
Post a Comment