Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya,
lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak
lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-
bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara
petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka
semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,
kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah
kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati
serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut
sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak
kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka
walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun
perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga
mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-
lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan
wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman
dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah
membengkokkan.
Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang
rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki
pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah
kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri
dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah
kepimpinan kita.
1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. 2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah dan fikirkanlah kesudahannya. 3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu, maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu.
Secara ringkasnya, 3 perkara utama jika ingin melakukan sesuatu perkara: a. Gelisah, jangan buat. b. Lihat dan fikirkan kesudahannya. c. Bawa berunding.
Berkata Abu Darda': "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"
Assalamualaikum warahmatullah... Bersempena maulidurrasul pada tahun ini,sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta menghayati perjuangan baginda.Posting saya pada kali ini bukan pada penulisan tapi berbentuk rakaman ceramah yang di sampaikan oleh Habib Ali AlJufri seorang ulamak yang tidak asing lagi di serata dunia arab khususnya Yaman.
Saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat mengenai ceramah ini kerana jiwa saya amat tersentuh dengan kisah nabi Muhammad s.a.w yang di sampaikan oleh Habib Ali Al-Jufri sehingga membuatkan airmata ini mengalir tidak berhenti sepanjang mendengarnya.Mengenangkan betapa sikitnya perjuangan yang saya lakukan terhadap Islam dan sikitnya amalan yang di lakukan membuatkan hati ini gementar memikirkan betapa mampukah saya menghadapi sakitnya sakaratulmaut dan panasnya suasana di padang mahsyar,sedangkan nabi muhammad s.a.w kekasih Allah yang disucikan dari segala dosa juga merasai kesakitan sakaratulmaut apatah lagi jiwa-jiwa kita yang penuh dengan dosa,maksiat dan kejahilan.saya pasti setiap jiwa sahabat akan terkesan setelah mendengar kisah nabi kita dan kerinduan terhadap nabi kita juga akan membuak-buak. Alangkah ruginya kita andainya tidak berselawat ke atas baginda apabila mendengar namanya sedangkan baginda rasul s.a.w sentiasa mengingati umatnya walaupun di saat sakaratulmaut menjemputnya...
Jangan risau sahabat-sahabat,video ini ada terjemahannya jadi sangat sesuai untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat samada di malaysia mahupun di tanah arab...sama-samalah kita hayati semoga masa yang sedikit yang sahabat luangkan untuk mengingati perjuangan baginda rasul s.a.w dapat membersihkan titik-titik hitam yang telah lama mendiami hati kita seterusnya dapat mendekatkan hati kita kepada Allah dan rasul-Nya amin.wallahua'lam.
Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi Kerananya jejaka rela menjadisuami Kerananya perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawakebahagiaan Matlamat yang satu tapi jalannya berliku Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza Ada yang mengatakan Bahagia itu padaharta Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan) tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity) ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan) kalaulah bahagia itu pada harta kalaulah bahagia itu pada nama kalaulah bahagia itu pada rupa kalaulah bahagia itu pada kuasa kenapa Charles dan Diana berpisah
Bahagia itu dari dalam hati Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata dalam hati Terbenam bagai mutiara disalut nurani Bahagia itu pada HATI Bertakhta di kerajaan diri Bahagia itu pada JIWA Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu KESABARAN Bila susah tak gelisah Bila miskin tak pemarah Bila gagal tidak resah Oh, suamiku,inalillah....
Hakikatnya bahagia itu ketenangan Bila hati mengingati tuhan Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberiketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi''isteriku, kaulah permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman Jalannya ....syariat Natijahnya.....akhlak Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah.
Semoga Allah melimpah Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...